Tips - Tunjukkan Kasih Sayang














  Album Gambar
Beli sebuah album dan korang letakkan gambar korang dengan boy/girl korang tuh. Setiap muka surat , korang letak lah kata-kata yang indah . Baru lah lebih hayati ,and menarik kan ? Cuba lah ^^ Saya pun ada buat satu ALBUM CINTA.
hehehe ^_^ . Tapi , my boyfie tak tahu , kalau dia tahu , mesti dia terharu. ohokk . Saja tak nak bagitawu . suprisee !


 

 Message Puzzle
Ini menarik untuk dipraktikkan . Tapi , saya tak buat lah lagi . hehe .Korang buat sebaris ayat cinta.. Kemudian potong kan nya , menjadi puzzle.. Berikan pada si dia untuk mencantumkannya. For sure korang takkan menyesal punya bila lihat reaksinya menyelesaikan puzzle tu. Wah , romantiknya !



Sekuntum Bunga 
Ini bagi lelaki .. Letakkan sekumtum bunga di hadapan pintu rumahnya di pagi-pagi hari .. Mesti si dia seronok gila bila tengok bunga ada di di depan pintu rumah sebelum pergi keje or kolej . hehe .Walaupun harga sekumtum bunga itu agak murah tetapi nilainya pada si dia amatlah berharga dan lebih berharga daripada harga harta bendanya sendiri . hehe


 Puisi Romantik
Luahkan cinta korang tu melalui puisi atau madah ciptaan korang sendiri dan berikan kepadanya. Lebih baik lagi korang semburkan lah minyak wangi kesukaannya di atas kertas itu . Cara ini akan mengingatkan si dia pada kamu sentiasa. 



Love List
Berikan si dia senarai atau 10 sebab kenapa korang mencintai si dia. Tuliskan dengan ikhlas dan jujur . Sebaiknya , korang hantarkan melalui pos kepadanya. Kalau korang hantarkan sendiri . ia nya tak menunjukkan ianya istimewa . Malah , perkara yang biasa je tuh . hehe . Cuba lah , pasti si dia , akan lebih mencintai diri korang .


  Gambar Terbaik
Korang tengok balik gambar-gambar yang korang pernah 'snap' dengan si dia.. then korang carilah gambar yang cantik dan ada kenangan manis . orang Framekan gambar tersebut , dan hadiahkan kepada nya! Pasti si dia suka dan tersenyum melihatnya ! Try lah .hee~~


Hadiah Buatan Sendiri
Bagi yang ada kelebihan menjahit , bolehlah korang gunakan kelebihan yang korang ada . Korang buatlah skaf untuk si dia .Tak pun , korang beli sapu tangan ke , jahit nama korang dengan si dia . Dan hadiahkan lah kepada nya . Di jamin , pasti dia suka melihatnya . Dan kepada orang lain yang tak tahu menjahit , korang boleh jugak buat kad sendiri yang cantik dan menarik . mesti si dia kagum dengan kamu . Dalam kad itu , boleh lah korang luahkan perasaan cinta kepada si dia . Wahh !



Kongsi Rahsia
Ok , ini pun menarik . Korang beritahu lah rahsia korang kepada si dia yang tidak pernah korang beritahu pada sesiapa termasuklah mama n papa korang . Si dia pasti akan berasa bangga dan dihargai kerana korang begitu mempercayainya. Dengan cara ini , dia sudah yakin yang korang betul-betul mencintainya! 


CD Lagu kegemarannya
Hadiahkan CD lagu kegemarannya . tetapi , biarlah yang berunsurkan cinta . Pasti dia menghayati lirik-lirik lagu yang kamu beri kepada nya . Kata kepada yang lagu itu , amat bererti bagi korang sebab ianya mewakili hati korang untuk si dia . hehe . menarik kan ? :) 


  Menonton Wayang
Hehe , biarpun korang bercinta, namun ada jugak citara korang dengan si dia yang berbeza kan ? Apa kata , korang korban kan sedikit , untuk menonton movie kegemarannnya , biarpun korang berkorban , dari situ , si dia akan lebih sayang korang dan mengetahui ,bahawa korang benar-benar mencintainya. dan si dia yakin yang korang boleh mengikut ke mana saja kerana cinta korang tu. Dan lagi satu , bila dah tengok wayang tuh , jangan dibuang pulak tiket wayang tu . kumpul dan simpanalah . satu hari nnti , korang tunjukkan yang korang masih simpan lagi tiket-tiket wayang tu sbg kenangan korang dengan si dia ^^ 



Semoga segala info-info ni memberi manfaat kepada anda .. ^_^

Alasan LELAKI Bila Tiada Duit ?






Dalam sesebuah perhubungan ada masa , lelaki ni akan berubah kelakuannya . Tapi  , janganlah risau . Itu bukanlah tanda yang si dia ada orang lain . Sebab mengapa si dia berkelakuan berubah secara drastik adalah kerana masalah kewangan ! Biasanya , bab-baba duit ni lelaki memang sensatif .


Kat bawah ni ,kita akan bongkarkan rahsia besar kaum Adam dan pandai-pandailah korang baca rentak mereka . oukey.. ^_^


"Hai Sayang .. Dah makan ? dah minum ? "  
Si dia hanya rajin menghantar SMS sahaja walaupun bertanyakan soalan-2 remeh . Jika tidak  , telefon korang akan sentiasa berdering . Ayat yang bebunyi seperti ini tentunya akan terkeluar dalam perbualan .. " SMS kan lebih bermakna .. Tahan lama..." . Eleh . Tak de duit leteww -.-

" Saya dah janji dengan family"  
Secara tiba-tiba terutamanya apabila tiba hujung minggu , si dia lebih gemar menghabiskan masa dengan keluarganya atau member-memer daripada keluar bersama korang . Walaupun dah macam-macam cara korang cuba dan mengheret diorang untuk keluar , si dia tetap tak mahu juga.

" Nak shopping ? Tak nak lah "  
Alasan 'lain kalilah' cukup sinonim dengan situasi sebegini . Si dia semestinya kelihatan tidak tenang , bermacam pula alasan yang akan keluar daripada mulutnya apabila kkorang mengajaknya . Kemingkinan si dia takut jika korang memintanya untuk membeli sesuatu .

" Selamat UlangTahun! Hadiah tak ada. Sorry sangat ! "
Pernah jadi macam ni tak ? hekk . Bila tiba hari-hari istimewa seperti ulangtahun korang berdua atau hari jadi , si dia hanya melafazkan ucapan tanpa memberi sebarang hadiah. Alasannya si dia belum jumpa hadiah yang betul-2 sesuai dengan korang . Ehem . Padahal , memang time tu , diorang ni tak de duit . Paham-paham lah ye :) 

" Asyik McD je.. Kedai mamak lah pulak "
Kebiasaanya dia akan mempelawa korang untuk makan di restoran atau di kedai makan esklusif . Tetapi kali ini dia membawa korang ke gerai yang murah pulak . Mungkin korang tak kisah . Tapi , time tu mesti korang rasa pelikkan ?

" Tengok DVD je lah . Sama je kan ? "
Kini , menonton filem di rumah pulak menjadi kesukaannya . Setiap kali diaajak menonton wayang , pelawaan korang tu tentu ditolak .  Kononnya dia lebih suka tengok baring-baring dan bersantai masa tonton DVD . Faham-2 lah ye kenapa dia tetiba je berubah angin :)

" Saya penatlah awak"
Selalunya selepas menjemput korang , di mesti akan singgah untuk makan malam sebelum menghantar korang pulang ke rumah . Alasannya nak berehat kerana penat . Senang cerita 'penat' tuh merupakan kata ganti untuk 'tiada duit' .

" Lapar ye ? Saya boleh temankan "
Bila dia mula keluarkan ayat keramat tuh , " temankan " . tandanya dia tak ada cukup duit untuk belanja korang makan  . Jika korang masik mengajaknya makan , dia akan memberi jawapan : " Saya kenyang lagi , tadi makan dah . Saya teman awak makan je lah " ..




*Harap lepas ni perempuan boleh lebih memahami..Besor ganjaran..huhu ..


Bila Aku Bertudung..

ketika tahun 2011..ak bekerja disebuah
kantin sekolah di seskyen 24..

nie pic paling latest aku snap..
bersama rakan satu opis.
takat ni dia aja la kawan ak dlm opis ni..
hehe

muka budak-budak macam ni la..

ishh...agak kepoyoan ler..haha


haa..boleh tikam no belakang tu..hehehe


edit2 lol..kasi best skt..^_^


entah la...muak kan tgk muka ak ni?haha

aku mencari ketennagan di tepi pantai

tarok je selendang.bukan keluar rumah pon.

yuhuu..palong kering..hehe








 Aku tau tentang tudung,,aku jugak tau tentang rambut.. Kadang2 aku bertudung,,kadang2 tidak.. sama juga,kadang2 aku tidak bertudung,kadang2 ia.. Tuhan tu maha penyayang..Sekarang aku lihat ramai dah kawan2 aku yang dahulunye seksi meksi now dah bertudung/hijab..berkenan ak tengok cantik sahaja aku tengok..mereka sudah mendapat cahaya..aku jua kena tempiasnya..moga2 hati ak pun terus terbuka dan akan merubah diri lebih bagus dari masa yang lalu...Kan seronok kalau BF kasi tudong,,berbangga je dan sejuk hati..lagi cepat rasa nak buat.tak kisah la rm5 ke,yg penting keiklasan..nampak si dia bagaikan ingin merubah kita jua..tanpa sokongan,,kita mmg lemah..jadi doa kan ak la yeah.. ^_^

Diari & Blog






Assalamualaikum..
Blog umpama diari,diari itu indah,menitip setiap kenangan masa lalu.bila di buka dan di baca semula,,pasti hati akan tercuit dikala teringat akan kisah silam..kadang2 ada yang suka dan ada juga yang duka..



Sejak umor berapakah anda menulis diari di atas kertas? kasi tau saya boleh?? ok,,saya belajar menulis diari sejak umo 13 taun. apa sahaja peristiwa yang berlaku saya akan catatkan tidak kisah la cerita dari suka ataupun sedih menghiris hati. 



Mana mungkin kita lupa akan setiap kenangan lalu kita... kalau saya kata "ada tak memori yang indah yang pernah berlaku dalam hidup kamu? tertentu kamu terpikir dan terbayang..tentu ada sejarahnya..mana mungkin tiada..cuba anda ingat kembali saat manis mu..tertentu anda akan tersenyum dikala ini..benarkan apa saya katakan??ok..jangan angan jauh sangat la yea..



Sekarang zaman IT..boleh menulis diari dalam blog..mcm saya sekarang nie..tapi,,jangan dilupa dengan cara lama itu,,itu lagi bermakna buat ku..saya masih simpan lagi diari yang sudah bertaun-taun tu..anda bagaimana? ^_^



10 Sebab Perempuan Tidak RESPECT Lelaki




1. dah ada awek kau nak pegang2..elok2 awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia..konon special untuk kau seorang..bila awek kau tak nak kasI semua tu, kau cakap bye2.. wah, KAU LELAKI GATAL.


2. bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe..konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam2 alasan kau kasi. pastu siap minta duit lagi kat mak. wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.


3. kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau..konon kaulah lelaki paling gentleman..tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. siap pura-pura tidur sebab xmau bersesak-sesak berdiri.. sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.


4. tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua..nampak je ade awek cun, makin semangat kau..kau rasa hisap rokok tu sangat cool..alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.


5. bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta..padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau..bukan harta kau tapi harta bapak kau.aduh, KAU LELAKI PERASAN.


6. bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. mencarut pun kuat2.. semua f**k, s**t, macam2 lagi smua kau nak sebut. kau rasa kau sempoi bila mencarut. tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.


7. pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup..konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat..bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.

8. kau suka kutuk2 n gelak2 kat gambar perempuan2 kat fb..kau kata konon bajet cun..abih yg kau amik gambar jelir2 lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? haishh...KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..


9. time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. konon modal perempuan merajuk n air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. wei, KAU LELAKI EGO.


10. kau hisap rokok kau rasa kau handsome. lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. kadang2 bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR.


p/s: ni untuk suka2..tak semua lelaki macam ni..n bkn semua lelaki ada semua ciri2 ni..dalam dunia ni ramai lagi lelaki yang baik2..huhuhuhu

Kenali Hati Si Lelaki





-Gambar Hiasan-

  • Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.

  • Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.

  • Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.

  • Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.

  • Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.

  • Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.

  • Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.

  • Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.

  • Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.

  • Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.

  • Lelaki juga akan menangis.

  • Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.

  • Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.

  • Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.

  • Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.

  • Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’

  • Lelaki amat sayang ibu mereka.

  • Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.

  • Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.

  • Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.

  • Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.

  • Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.

  • Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.

  • Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.

  • Lelaki lebih banyak berfikir.

  • Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.

  • Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.

  • Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.

  • Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.

  • Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.

  • Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.

  • Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.

  • Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.

  • Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.

  • Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

  • Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.

  • Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.

SENDU DIHATIMU RINDU DIJIWAKU (episod 3)

Episode 3




Kring!..Kring!..Bunyi jam loncengnya.
"Adoii! Bising la.."katanya.
Lalu dimatikan suiz jam lonceng tersebut yang menganggu tidurnya.


Didalam tidurnya,dia teringat bahwa dia ada satu interview di sebuah syarikat yang terletak di tengah-tengah pekan Kuala Lumpur.
"Haa!omg!pukul berapa nie? sambil mencapai jam loncengnya.
"oow Tuhan!8.30!"
Lintang pukang Lisya bangun dan menyiapkan diri.


Lisya hanya mengenakan baju kurung moden berwarna hijau muda,terdapat sedikit sulaman bunga di bahagian tengah dada dan lengannya.Disimpulkan rambutnya yang panjang menjadi seperti sanggul,lalu ditepekkan beberapa kali bedak serbuk ke mukanya.
Cepat-cepat dia mencapai beg tangan jenama bonia yang berwarna coklat cair diberikan oleh kamal ketika hari jadinya dahulu.Diisikan dengan handfone dan dompetnye sahaja.Dikendung resumenya untuk dibawa ketika temuduga.
Laju saja langkahnya,hampir tersungkur ketika ingin menuruni anak tangga rumahnya.
Memang Lisya terlambat ketika itu.


"Mak! ooh Mak! Lisya nak keluar dah ni ye...Lisya dah terlewat ni mak!"
Mak?! mana pulak mak aku nie gomelnye sambil memakai kasut tingginya.
Nanti-nanti la jumpa..Hatinya berkat-kata setelah tidak melihat kelibat mak nya itu.
"mak,bye2..lisya jalan dulu ye.hati-hati mak kat rumah."


Lisya segera berjalan menuju ke arah perhentian bas dan teksi.Jarak dari rumahnya ke perhentian tersebut hanya la 80meter sahaja.


"Pakcik,tolong hantar saya ke Syarikat Mega ye??cepat sikit ye??


"Baik2,silakan nak.."


Nasib baik keadaan jalan tidak jem,lagipun tidak jauh dari rumahnya untuk ke syarikat tersebut.
Setelah sampai,dia membayar tambang mengikut meter teksi.Tersenyum pakcik teksi tu melihat gelagat Lisya yang agak kelam kabut ketika itu.


"Kenapa hati aku ni berdebar-debar semacam je?Releks la hati dan jantungku "..
 Dia cuba menenangkan hatinya yang resah sambil menunggu lif tiba.


"Cik Alisya Atishah,sila masuk"terdengar suara seorang wanita memanggilnya.
Bingkas dia bangun dan menuju ke arah bilik tersebut.
Langkahnya terhenti dikala hanya ada satu orang yang sedang duduk di kerusi dihadapannya tetapi membelakanginya.


"Alisya Atishah Binti Shamil,Kenapa kamu lewat?"
Terdengar suara seorang lelaki muda.


"Saya..., ummm.. saya... Tersekat-sekat suaranya.Lisya sedar akan kesalahannya itu.


"Kenapa?Bukankah pihak kami telah menetapkan tarikh dan waktu?
kenapa tidak datang bagaimana yang telah dijanjikan?kenapa lambat?"
Agak tegas sedikit lelaki itu berkata-kata.


"Maafkan saya Tuan,saya memang tidak sengaja"
.katanya dengan nada yang perlahan.


"Belum kerja lagi dah buat masalah,macam mana nak jadi pekerja yang berdisplin ni?"
Sambil memusingkan kerusinya kehadapan untuk melihat wajah si Lisya.


Lisya terdiam dan hanya menundukkan wajahnya.Tetapi Lisya cuba memberanikan diri untuk menatap wajah lelaki yang baginya agak sombong itu.
"Mereka pun saling bertentangan mata,
Laju saja lisya menundukkan semula wajahnya.

"Hahahaha..
Tiba2 lelaki itu ketawa dengan kuat.
"Alisya2..dari mana saja la kamu ni..?Saya nak awak pergi toilet lepas interview ye...Tengok muka awak tu ye cik Alisya Atishah.."
Lelaki itu menyambung tawanya bagaikan ingin terguling-guling lagatnya.

"Aley,,saja la tu nak ngorat aku la tu..ayat je tu"...=.=
hatinya berkata.


Bagus juga awak ni ..bijak dan cemerlang dalam semua matapelajaran".
Alisya mempunyai segulung Diploma jurusan IT.


"Saya akan lantik awak terus ke jawatan tersebut memandangkan kelulusan awak ni sangat baik.Jadi tak perlu lah saya menimbang atau mencabut undi.So awak boleh kerja di sini start esok ok..(sambil tersenyum melihat Lisya yang masih tertunduk.)
Lelaki 30 tahun itu sebenarnya sudah jatuh hati apabila terpandang wajah gadis itu yang sesungguhnya memang manis.Kulitnya yang putih dan gebu membuatkan Tengku Iskan rasa ingin saja menerkamnya.


"Terima kasih encik," katanya perlahan sambil bangun menuju keluar dari bilik tersebut.


"Cik Alisya Atishah,Jangan lupa pergi toilet !"
 Lelaki itu teriak kecil kepada lisya sambil ketawa nakal.


"Isshh.. ada-ada je la orang tua tu,apa kena gan muka aku ni?nak kata tak lawa,ramai pulak jejaka-jejaka menanti aku..Ke hidung aku dan tertinggal kat rumah?
(sambil meraba-raba hidungnya)
"ade je lagi ni.."



Setelah lisya masuk ke toilet,alangkah terkejutnya..
"Mak!,,kenapa semua ini terjadi kepada ku?mengapa mesti begini?ya Allah Ya Tuhan ku..
memang malu lah aku macam nie..!
(sambil terbayangkan gelak tawa lelaki itu)
Cepat-cepat ia memadamkan bedak yang kelihatan bertompok2 dimukanya..
"Grr...Malu-malu!!..dah macam tepung goreng dah!
(Lalu dia pun melangkah keluar daripada office tersebut)





(continue next episode)

SENDU DIHATIMU RINDU DIJIWAKU ( Episode 2)

Episode 2




Jam di dinding telah menunjukkan tepat pukul 12 tengah hari.Tetapi Lisya masih lagi bergolek diatas katilnya.Ruang biliknya berwarna pink menampakkan bahawa tuan empunya bilik adalah berhati lembut.Itu adalah warna kesukaannya.Tidak pernah diubahkan warna dinding tersebut sejak kecil lagi.Apabila suram,pasti akan mengecat semula dengan warna kegemarannya itu.Dia boleh melakukan dengan sendirinya.Alisya adalah seorang yang pandai berdikari,cerdas dan aktif dalam apa jua aktiviti hariannya.




"Nak oit"
Bangunlah...
Membuta saja kerja kamu Lisya,Bukan nak tolong mak kau ni masak ke,sidai baju ke,sapu sampah ke,?"
celoteh makmah kepada lisya sambil tangannye menyisir langsing di bilik lisa ke hujung dinding.
Lalu terbias la cahaya matahari masuk ke dalam bilik lisya.




"Ala mak nie,tak sayang lisya ya?
bagi la Lisya rehat berapa jam lagi.Letih la mak..Pless mak..
(Sambil menarik selimutnya menutup seluruh tubuhnya dek kerna silau matahari yang terik terpancar di kamarnya.)




"Kau nie apa nak jadi?mak tengok anak jiran kau tu pagi-pagi dah bangun..
Mak tengok hari-hari sika mengemas rumah,menyindai baju,
sapu sampah kat luar rumah la.Kau tak malu ke lisya?
Lisya diam saja.
"bangun nak oit,teriak makmah kepada lisya sambil menguis-guis tapak kaki anaknya berulang kali.




"Hahaha..Tawa Lisya,
apa ni mak,geli la.Okey2,Lisya bangun ye mak."
Dicapai tualanya yang terletak tidak jauh daripada kamarnya.
Lalu datang semula ke arah makmah dan lisya terus mencium pipi makmah sambil berkata,
mandi jum mak??
(Lisya tersenyum nakal)






"Kamu ingat kamu tu budak-budak lagi ke lisya?masa kecil boleh la..sekarang kau dah besar,semua benda dah besar,pandai-pandai kau la nak ..kata makmah.
"Ala mak ni,,apa-apa entah cakapnya tu..(sambil menyembikkan muka)
Makmah ketawa dan keluar dari bilik  menuju ke ruang tamu rumah mereka lalu dibiarkan anak gadis itu sendiri.




Makmah adalah ibu angkatnya Alisya. Kehilangan keluarga kandungnya ketika dia berusia 4tahun.Ketika itu Lisya masih kecil dan tidak tahu apa-apa.Ayah dan ibunya mengalami kemalangan pada usianya yang sedang membesar dan memerlukan kasih sayang keluarga dan ketika itu lisya adalah anak tunggal keluarga tersebut.Makmah juga adalah kawan baik kepada arwah ibunya.Makmah seorang yang sangat baik hati kerana telah mengambil alih tugas menjaga anak yatim piatu iaitu Lisya.Namun begitu,makmah menganggap Lisya seperti anaknya sendiri.Makmah telah berkahwin dengan seorang lelaki hampir 7 tahun,tapi malangnya lelaki tersebut seorang yang dayus.Tidak tahan akan perlakuan lelaki tersebut,mereka bercerai dengan izinnya. Selama mereka hidup bersama,mereka tidak dikurniakan lagi cahaya mata.




(Continue next episode)





SENDU DIHATIMU RINDU DIJIWAKU (episode 1)

Episode 1




Di suatu perhentian bas,tinggalah seorang gadis bernama Alisya Atishah.
"iisshh...! Dah pukul berapa ni??
bila la nak sampainya mamat ni!
Lumpuh aku tunggu dia kat sini sorang-sorang,dia ingat aku tiang ke??" gomel si Lisya.




Kejap-kejap duduk,kejap-kejap bangun,tak senang duduk dibuatnya lisya.Tanganya asyik di gigit nyamuk yang agak berbisa itu.
"Haa.. Itu pun kau! asal lambat ha??
kau ingat aku ni tunggul?kalau aku kena culik ke,kena ragut ke,kena bakar ke,ade kau nak bertanggungjawab?"
dengan riak muka yang bengis tetapi tetap nampak comel.





"Ala sayang,.. Kenapa marah2 nie?macam muka belacan tak cukup bahan je dah tau!"
 sambil ketawa terbahak-bahak melihat gelagat lisya seperti anak kecil itu.
Lalu si kamal turun dan membukakan pintu kereta untuk Alisya Atishah.
Hati Lisya sangat sakit kerana seringkali juga kamal buat begitu padanya.





Di dalam kereta,Lisya hanya mendiamkan diri dan hanya membuat muka sahaja.Kamal pun menyapa Alisya Atishah,
"Kenapa ni sayang?tak suka jumpa i?"
Lisya masih mendiamkan diri dan hanya memalingkan muka disebelah kiri cermin.
Tiba-tiba Kamal menghentikan kereta yang dipandunya jenis Myvi berwarna hitam dibahu jalan.
Lalu dihulurkannya sejambak bunga dan sekotak coklat  dihadapan Lisya.
Lisya hanya menjeling ke arah bunga dan sekotak coklat tersebut.
"Alahai,,time-time macam nie la dia nak tackle hati aku.Malu la pulak,dah la tengah merajuk nie..Nak terima ke tak nak ye??"
Sambil menjeling ke arah Kamal yang masih menghulurkan sejambak bunga dan coklat tersebut.bisik hatinya sendiri.
"Ahh..baik ambik saja.Coklat dan bunga kesukaan aku tu..Tak boleh lepaskan! " Benak hatinya berkata lagi.





Lalu Alisya memalingkan muka ke arah coklat dan bunga.Tidak pula dia memandang muka Kamal kerana Lisya amat malu,tetapi ditahankan malunya demi barang kesukaanya.
"Isshh...buat apa semua nie?!" agak kasar sedikit nada suara Lisya.
"Sayang tak nak ye??takpe la..buang saja la ya.."kata kamal.
"Aaa,jangan membazir,bak sini la,nanti boleh kasi kat mak Lisya ya?
Sambil tersenyum apabila menyambut kuntuman bunga dan coklat tersebut.Di dalam hatinya berasa sangat happy tetapi tidak pula dia menunjukkan riaksi mukanya bagaimana hatinya dikala itu.




Kamal hanya tersenyum melihat gelagat Lisya yang seakan keanak-anakkan itu.Di tatap muka Lisya disetiap wajahnya.Hanya Kamal saja tau dan paham isi hati Lisya.Wajah Lisya yang sangat cute,bibir yang mungil,alis mata yang cantik,pipi bak pauh dilayang,kulit yang putih dan cerah, membuatkan hati si Kamal selalu tersenyum akan terlihat terlatah dan rupa parasnya.
.Lalu mereka memneruskan perjalanan untuk makan malam bersama.




(continue next episode)



Trip To Sendayan

Watak :
fara waheeda
adinda wanda awana
Nadiah cochelily
angle amanda


Akulah org yg paling jauh sekali! Dengan hati yg iklas dan dilandakan kebosanan,,aku turutkan ati utk memperjuangkan mood ak agar dpt mengembalikan semangat dan kecerian ku..Yes!! berjaya mengembalikan mood lalu ak memandu kereta ku ke destinasi yg dijanjikan,,iaitu Kapar beb..Smpai umah nadiah, kami pun angkut la si fara tu.. sebelum bertolak,, kami singgah dulu uma pengantin.Mereka bagi kami makan makaroni (makanan Orgputih) tiba2 terasa mcm kat london lak..haha.. Ok,selepas menikmati hidangan,,kami sedia bertolak ke destinasi sebenar .. Dalam satu jam lebih jgk ler...Dengan hati yg riang,kami menaiki satu kereta MYVi kuning baru angkat..hot pulak bau kedai ad lagi..hehe. :p



Mmg ak tkde dlm ni..sebab ak jurufoto mereka.. T.T


Ak ni bukan jenis tahan bila jalan jauh,,tapi nsb bek ak boleh mgawalnye dengan jayanya.. :p
Tiba di destinasi,sempat lg noh dorg ni berposing..muka pon dah sebel tu..penat la katakan..hehe.. Kami diberi satu rumah di diami kami dengan sepasang keluarga iaitu jurufoto pengantin.. mereka baik2 sahaja.. ^_^ Mlm itu jgk ada akad nikah,,waaah! mcm letih,, tapi rugi la kalo dtg dari jauh tak buat apa yg dirancangkan..so kami dngn riang nye bersedia utk ke majlis tersebut.Lagipun,first time kot tgk akad nikah ni..huahuahua...Hubungan kami dgn pengantin adalah abang angkat.. sape?nah orgnye ..samudin hasan ..




haha..ikat jgn tak ikat rambut tu..

ayu gitu anak mak pakai kopia..^_^

selepas  akad nikah,,posing sekejap..=)




  




Malam tu yg rasa letih,,sempat gak melepak kat seremban 2 .. minum dan chit chat kan..Turut hadir pengantin dan pembantu nye azim..^^.. Walaupun ak rasa nyawa ak sudah ada di awan awan.. tapi jasad ak masih ada lg..hehe..Maklumlah,,letih kot..tapi best,,sekali sekala kan?bukan sentiasa pun dpt mcm nie...ye tak kwn2 ku?? :)




Balik malam tu,kami tido sgt lena..sedar2 pagi jam kol 10..amboi,anak dara ape ni?.. :p
Haa.! mlm tu berebut masing2 nak pakai plag nak cas fon..tapi akhirnye ak dpt gunakan dulu..tapi!!,bila ak tido ,, ada pulak hantu yg cabut ak pnye then dye cas fon dia.. lepas dia tido,,hantu no dua plk cabut charge hantu no 1..haha..amek kou!!..kena jgk kan??tu la..memandai je.. Siapa?? Fara (hantu 1) N nadiah (hantu 2) la..hahahampehhh.....




Kami adalah pompom gurlz.. heee....^_^ ..Penyeri pada  majlis perkahwinan tersebut.Yela,,mana tak nye..zaman skg kan ssh nak nmpk anak2 dara g majlis mcm nie..yg ramai nye kat kelab mlm,,karoke,wayang,shoping complex..betul tak??Seronok dapat tgk pengantin masa tu..ala2 orgputih gitu..mmg SWEET sgt..ak pon berangan la sat..hahaha.. Acara kami diakhiri dengan shoot photo,jamuan makan dan pulang ke rumah... ^_^






Sebelum penganti naik pelamin..bagi semangat dulu..kasi posing gan pom2 gurl.. :D





SWEET SGT :)





HEhehe.. kami penyebok ..org len tak buat mcm nie.. =D












Pom-pom gurl ^^;







amek berkat..mana taw melekat badinya...:p








sempat lg nie.....ishh2...






semasa otw nak balik rumah masing2.posing dlm kereta...





oppss..lupa nak kasi tau..tempat tu sendayan negeri 9.. tgk signboard tu..:)






sebelum balik.still dalam rumah penginapan kami..:p
















Ooopss.. Lupa nak cerita... adalah la  kan org tu,datang dgn tngan kosong,,balik berbuah plak...Bukan anak ikan,,tapi bapak ikan..haha..tu la...sebok nak anak ikan kan?? Untunglah kan..hope berbahagia.. nak tgk mereka?ok..i post pic nye.. :p






ehem2....sejoli ka mereka? ^_^




P/S  :Kepada watak2 dlm jln certa ni..hope anda tak meradang...kisah hidup kita kan? ^_^

Melicinkan Kulit Muka



1)  Campurkan sedikit tepung pulut dengan air.Sapukan pada muka sebelum tidur.Keesokannya,cuci muka dengan air suam.Amalkan seminggu sekali.


2)   Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka.Biarkan selamt tige minit sebelum dicuci dengan air suam.


3)Kisar dua biji tomato,gula dan air.Tapiskan dan minum airnya setiap pagi.Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.



4)    Sapukan sebiji putih telur ke bahagian muka.Biarkan sehingga kering.Anda tidak digalakkan bercakap.Selepas itu bersihkan muka dengan air suam.lakukan sebelum tidor dan lihat hasilnya.



5)  Ambil air nasi yang sedang ditanak,elok jika ambil buihnya.Sapukan pada muka dan biarkan selama 30minit.Bilas dengan air bersih.Lakukan setiap hari dan lihat hasilnya.



6)   Parut sebiji tomato yang cukup masak.Gosok pada wajah dan leher perlahan-lahan.Ini kerana kanfungan gelatin pada tomato boleh menghilangkan kehitaman dan parut-parut baru.Biarkan selama 20minit.Selepas itu cuci muka dengan air suam.Lakukan berulang kali dan anda akan nikmati hasilnya.



7)   Terung muda dibelah dua dan permukaan yang dipotong itu hendaklah digosokkan ke bahagian pipi dan dahi.Setelah habis digunakan,ptonglah bahagian itu dan gunakan pula lapisan baru.lakukan cara ini beberapa kali.

Menghilangkan Pigmentasi/Bintik Hitam





1)     Parut sebiji timun sehingga hancur.Campurkan parutkan bersama tepung jagung.Apabila sebati,sapukan ke seluruh muka dan biarkan hingga kering.Amalkan setiap pagi.hasilnya kulit akan nampak berseri dan lembut.


2)   Rendam sehelai tisu ke dalam dua bjih putih telur.Tampalkan tisu pada tempat yang ditumbuhi bintik hitam.setelah kering ,tanggalkan.Cuci muka dengan air dan pencuci muka.Lakukan dua kali seminggu.


3)   Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis.Goreng tanpa minyak sehingga kekuningan.Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.


4)   Belah limau nipis,perah air nya dan campurkan dengan sedikit garam.Sapukan pada bahagian berbintik hitam dan biarkan seketika sebelum dibilas dengan air.Amalkan petua ini tiga kali seminggu.


5)   Gaulkan satu sudu minyak zaitun dan sebiji telur.Sapukan ke muka selama 20minit sebelum di cuci dengan air suam.Lakukan sebelum tidur.

Hilangkan Jeragat




1)  Cuci tiga sudu beras bersama mata kunyit.Tumbuk kedua-duanya sehingga menjadi serbuk.Kemudian bancuh dengan air limu nipis atau putih telur dan lumur pada kulit .apabila kering,cuci dengan air suam.


2)  Ambil putik jambu batu kemudian gosokkan di belakang lesung batu sehingga menjadi halus.Setelah itu,sapukan ke kulit muka terutamanya pada kulit yang mengalami masalah.Amalkan selalu.

Menghindari Jerawat




1) Tumbuk beberapa helai daun sireh dan beras sehingga lumat.Campurkan sedikit air sejuk,sapu ke muka seblum tidor.


2) parut sengkuang kemudian tapis dan biarkan patinya mendap.Ambil patinya dan sapukan ke muka.Lakukan setiap malam sebelum tidur.


3) Giling beberapa helai daun jambu batu sehingga halus.Pakai bersama bedak sejuk.Amalkan selalu.


4)campurkan belerang dan air mawar atau jika tiada air mawar boleh digantikan dengan asam jawa.kemudian gaulkan sehingga sebati dan sapukan di tempat yang di tumbuhi jerawat.