SENDU DIHATIMU RINDU DIJIWAKU ( Episode 2)

Episode 2




Jam di dinding telah menunjukkan tepat pukul 12 tengah hari.Tetapi Lisya masih lagi bergolek diatas katilnya.Ruang biliknya berwarna pink menampakkan bahawa tuan empunya bilik adalah berhati lembut.Itu adalah warna kesukaannya.Tidak pernah diubahkan warna dinding tersebut sejak kecil lagi.Apabila suram,pasti akan mengecat semula dengan warna kegemarannya itu.Dia boleh melakukan dengan sendirinya.Alisya adalah seorang yang pandai berdikari,cerdas dan aktif dalam apa jua aktiviti hariannya.




"Nak oit"
Bangunlah...
Membuta saja kerja kamu Lisya,Bukan nak tolong mak kau ni masak ke,sidai baju ke,sapu sampah ke,?"
celoteh makmah kepada lisya sambil tangannye menyisir langsing di bilik lisa ke hujung dinding.
Lalu terbias la cahaya matahari masuk ke dalam bilik lisya.




"Ala mak nie,tak sayang lisya ya?
bagi la Lisya rehat berapa jam lagi.Letih la mak..Pless mak..
(Sambil menarik selimutnya menutup seluruh tubuhnya dek kerna silau matahari yang terik terpancar di kamarnya.)




"Kau nie apa nak jadi?mak tengok anak jiran kau tu pagi-pagi dah bangun..
Mak tengok hari-hari sika mengemas rumah,menyindai baju,
sapu sampah kat luar rumah la.Kau tak malu ke lisya?
Lisya diam saja.
"bangun nak oit,teriak makmah kepada lisya sambil menguis-guis tapak kaki anaknya berulang kali.




"Hahaha..Tawa Lisya,
apa ni mak,geli la.Okey2,Lisya bangun ye mak."
Dicapai tualanya yang terletak tidak jauh daripada kamarnya.
Lalu datang semula ke arah makmah dan lisya terus mencium pipi makmah sambil berkata,
mandi jum mak??
(Lisya tersenyum nakal)






"Kamu ingat kamu tu budak-budak lagi ke lisya?masa kecil boleh la..sekarang kau dah besar,semua benda dah besar,pandai-pandai kau la nak ..kata makmah.
"Ala mak ni,,apa-apa entah cakapnya tu..(sambil menyembikkan muka)
Makmah ketawa dan keluar dari bilik  menuju ke ruang tamu rumah mereka lalu dibiarkan anak gadis itu sendiri.




Makmah adalah ibu angkatnya Alisya. Kehilangan keluarga kandungnya ketika dia berusia 4tahun.Ketika itu Lisya masih kecil dan tidak tahu apa-apa.Ayah dan ibunya mengalami kemalangan pada usianya yang sedang membesar dan memerlukan kasih sayang keluarga dan ketika itu lisya adalah anak tunggal keluarga tersebut.Makmah juga adalah kawan baik kepada arwah ibunya.Makmah seorang yang sangat baik hati kerana telah mengambil alih tugas menjaga anak yatim piatu iaitu Lisya.Namun begitu,makmah menganggap Lisya seperti anaknya sendiri.Makmah telah berkahwin dengan seorang lelaki hampir 7 tahun,tapi malangnya lelaki tersebut seorang yang dayus.Tidak tahan akan perlakuan lelaki tersebut,mereka bercerai dengan izinnya. Selama mereka hidup bersama,mereka tidak dikurniakan lagi cahaya mata.




(Continue next episode)





No comments:

Post a Comment