SENDU DIHATIMU RINDU DIJIWAKU (episode 1)

Episode 1




Di suatu perhentian bas,tinggalah seorang gadis bernama Alisya Atishah.
"iisshh...! Dah pukul berapa ni??
bila la nak sampainya mamat ni!
Lumpuh aku tunggu dia kat sini sorang-sorang,dia ingat aku tiang ke??" gomel si Lisya.




Kejap-kejap duduk,kejap-kejap bangun,tak senang duduk dibuatnya lisya.Tanganya asyik di gigit nyamuk yang agak berbisa itu.
"Haa.. Itu pun kau! asal lambat ha??
kau ingat aku ni tunggul?kalau aku kena culik ke,kena ragut ke,kena bakar ke,ade kau nak bertanggungjawab?"
dengan riak muka yang bengis tetapi tetap nampak comel.





"Ala sayang,.. Kenapa marah2 nie?macam muka belacan tak cukup bahan je dah tau!"
 sambil ketawa terbahak-bahak melihat gelagat lisya seperti anak kecil itu.
Lalu si kamal turun dan membukakan pintu kereta untuk Alisya Atishah.
Hati Lisya sangat sakit kerana seringkali juga kamal buat begitu padanya.





Di dalam kereta,Lisya hanya mendiamkan diri dan hanya membuat muka sahaja.Kamal pun menyapa Alisya Atishah,
"Kenapa ni sayang?tak suka jumpa i?"
Lisya masih mendiamkan diri dan hanya memalingkan muka disebelah kiri cermin.
Tiba-tiba Kamal menghentikan kereta yang dipandunya jenis Myvi berwarna hitam dibahu jalan.
Lalu dihulurkannya sejambak bunga dan sekotak coklat  dihadapan Lisya.
Lisya hanya menjeling ke arah bunga dan sekotak coklat tersebut.
"Alahai,,time-time macam nie la dia nak tackle hati aku.Malu la pulak,dah la tengah merajuk nie..Nak terima ke tak nak ye??"
Sambil menjeling ke arah Kamal yang masih menghulurkan sejambak bunga dan coklat tersebut.bisik hatinya sendiri.
"Ahh..baik ambik saja.Coklat dan bunga kesukaan aku tu..Tak boleh lepaskan! " Benak hatinya berkata lagi.





Lalu Alisya memalingkan muka ke arah coklat dan bunga.Tidak pula dia memandang muka Kamal kerana Lisya amat malu,tetapi ditahankan malunya demi barang kesukaanya.
"Isshh...buat apa semua nie?!" agak kasar sedikit nada suara Lisya.
"Sayang tak nak ye??takpe la..buang saja la ya.."kata kamal.
"Aaa,jangan membazir,bak sini la,nanti boleh kasi kat mak Lisya ya?
Sambil tersenyum apabila menyambut kuntuman bunga dan coklat tersebut.Di dalam hatinya berasa sangat happy tetapi tidak pula dia menunjukkan riaksi mukanya bagaimana hatinya dikala itu.




Kamal hanya tersenyum melihat gelagat Lisya yang seakan keanak-anakkan itu.Di tatap muka Lisya disetiap wajahnya.Hanya Kamal saja tau dan paham isi hati Lisya.Wajah Lisya yang sangat cute,bibir yang mungil,alis mata yang cantik,pipi bak pauh dilayang,kulit yang putih dan cerah, membuatkan hati si Kamal selalu tersenyum akan terlihat terlatah dan rupa parasnya.
.Lalu mereka memneruskan perjalanan untuk makan malam bersama.




(continue next episode)



No comments:

Post a Comment