Hanya Publisiti Murahan

Dakwaan peruntukkan RM110 juta diseleweng tidak benar:NOH



Datuk Seri Noh Omar menyifatkan tuduhan DAP bahwa kementeriannya melesapkan peruntukkan RM110 juta kepada petani tidak berasas. Menteri Pertanian Industri Asas Tani itu berkata, tuduhan bukan sahaja membuktikan pemimpin berkenaan mahu meraih publisiti murahan tetapi menunjukkan beliau tidak cukup akal.Pemimpin berkenaan ingin menjadi jaguh kampung apabila sengaja memanupulasikan isu tersebut. "Apa yang boleh saya katakan pemimpin ini tidak membaca surat khabar kerana saya telah menerangkan lebih terperinci dalam Parlimen.Mungkin juga beliau tidak memahami laporan audit apabila tidak tahu membezakan tunggakan dan ketirisan dana peruntukkan RM110 Juta itu,katanya. Noh menjelaskan lebih lanjut, apa sebenarnya berlaku adalah wang peruntukkan kepada petani telah dibayar habis selaras dengan bajet yang diperuntukkan kepada kementerian oleh Kerajaan.Menurut Noh lagi,Suee Lim juga tidak tahu membezakan insentif dan subsidi sehingga sanggup menufuh kementerianya menyelewengkan wang peruntukkan untuk diberikan kepada kroni."Insentif diberikan bergantung kepada pencapaian serta peningkatan hasil petani setiap musim dan bukannya diberikan secara tetap seperti subsidi,Perkara ini perlu jelas kepada rakyat supaya tidak mudah ditipu", katanya.

Demostrasi Menuntut Hak subsidi Padi


demostrasi Adun bersama petani
 SEKINCHAN-Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun)Sekinchan,Ng Suee Lim mahu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,Datuk Seri Noh Omar memberikan penjelasan konkrit dakwaan peruntukkan RM110 juta lesap. Jika gagal berbuat demikian katanya,Noh wajar meletakkan jawatan secara terhormat kerana mengkhianati amanah kepada petani. “Bantuan yang sepatutnya disalurkan kepada petani tidak sampai sama ada berlaku ketirisan,kebocoran atau kepincangan.Kita minta penjelasan daripada Noh.Jika tidak kita desak Noh letak jawatan kerana khianati amanah petani. “Sepatutnya Noh menjaga amanah itu dengan baik.Kita syak Noh menyalurkan duit itu ke tempat len dan atau projek yang lain yang memberi keuntungan kepada kroni dan bukannya petani,”Katanya selepas mengetuai demonstrasi hampir 100 petani bagi menyatakan bantahan terhadap dasar kerajaan di Parit Lima,Sekinchan,di sini,Isnin lalu. Beliau turut mendesak agar harga padi perlu diapungkan supaya petani boleh memilih harga terbaik yang ditawarkan oleh mereka yang sanggup membeli padi. “Petani ditindas dan diabaikan dari segi harga padi,jadi kita menyuarakan hasrat petani supaya harga padi diapungkan dan tidak mahu harga padi dimonopoli oleh Bernas memandangkan petani itu di dalam kesempitan disebabkan kos sara hidup yang tinggi. “jangan ada sekatan dan dengan itu,petani boleh jual secara bebas kepada mereka yang sanggup menawarkan harga lebih tinggi,”katanya. Suee Lim mendakwa,petani tidak mahu peruntukkan disalurkan dalam bentuk insentif yang tiada jaminan sebaliknya mahu peruntukkan itu ditukar disalurkan dalam bentuk subsidi padi supaya sampai terus kepada mereka.