Perempuan Pantang Dengan LELAKI




Lelaki memang berbeza dari wanita . Setiap ciri adalah berbeza samada dari segi percakapan , gaya, gerak geri , penulisan dan sebagainya . Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang pantang bagi wanita sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya.

Suka menyampuk 
 Wanita memang pantang apabila lelaki tu mendengar sesuatu cerita , menjadi cepat bosan , hilang sabar dan suka menyampuk . Ceritanya tidak didengar dengan tekun . Wanita tu punyai cerita dengak eksaitednya , boleh pulak lelaki tu menyampuk then buat muka bosan . Memang pantang ar kan ?

Memerintah
Wanita memang pantang kalau diperintah . Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, "buka pintu", "buat kopi" , "angkat kasut" dan TIDAK bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti "boleh tolong buatkan kopi" dan "tolong buka pintu tu".



Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel , lelaki marah pula dan berkata , "gurau pun tak boleh".
Memang kena ar lelaki macam ni kan ? Tak pasal2 , perempuan tu boleh merajuk 3 bulan .. 


Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang , suka mengutuk , mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati . Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.



Cakap besar
Sikap lelaki yang suka "syok sendiri" memang membosankan . Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.



Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman , keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.



Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan , sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan . Tidak mahu merendahkan diri .



Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran , lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai . Jalan yang terbaik , bila wanita tanya anda apa masalah anda , cuba luahkan kepadanya . At least , hal itu tak membuatkan wanita tertanya-tanya dan kadang tu membuatkan wanita menyampah dengan perangai lelaki seperti ini .



Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang , lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.



Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik . Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan . Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya...



Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran..



Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa . Lelaki yang "buat dek" terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.



Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot , tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman , gurauan , berkongsi masalah dan dakapan.



Sekiranya anda lelaki , peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia.. Oleh itu , anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya . Semoga berjaya!

Rahsia Perwatakan Melalui Bentuk Kuku

Kenali rahsia perwatakan kawan baik,keluarga mahupun pasangan anda melalui bentuk kuku..




*Kuku yang baik,rapi dan indah
Menunjukan watak orang yang halus perasaanya.Bentuk kuku seperti inijarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.


*Kuku pendek tetapi lebar
Biasanya orang yang memiliki kuku seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu,otaknya cerdas dan ingatannya tajam.orang yang memilik bentuk kuku ini sukakan muzik dan lagu.


*Bentuk kuku yang agak panjang dan pucat
Menunjukkan orang tersebut banyak rancangan dan cekap,tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan.Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang pekerjaan sering dalam keadaan ragu-ragu.


*Bentuk kuku sedang dan sedikit merah
Pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan,selalu menjaga kebersihan dan rasa persaudaraan yang tinggi.


*Bentuk kuku bersegi tapi rata
Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul,sedikit kewibawaan,tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.


*Bentuk kuku langsing
Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was,mudah di timpa musibah dan kurang berwibawa.


*Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning
Bentuk kuku seperti ini menandakan orang yang jujur,sabar,pandai,tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak dan isteri/suami.


*Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun
Menunjukkan orang tersebut sering was-was,bodoh,mudah diserang penyakit,mudah terkejut dan tak kuat bekerja.


*Bentuk runcing tetapi besar dan tebal
Biasanya orang yang memiliki bentuk ini memiliki sifat keras dengan pendiriannya,sering berpindah randah tempat tinggalnya,suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.


*Bentuk kuku bersegi bahagian bawah sedikit runcing
Menunjukkan orang seperti ini tidak memiliki kewibawaan,bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.


*Bentuk kuku besar dan banyak garisan
Biasanya orang ini akan menjurus pasa sudah dan sering berdepan dengan bahaya.Tetapi garisan tersebut sudah hilang dan kelihatan bersih menandakan orang itu akan memdapat berkat.


*Bentuk kuku seperti kikir
Bila seseorang memiliki kuku seperti ini kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar atau kan memperolehi bahaya.


*Kuku banyak titik-titiknya dibahagian bawah kelihatan hitam.
Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematian.

7 Rahsia Cara Jalan Wanita


~gambar hiasan~


Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


Jika berjalan suka menunduk
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


Jika berjalan menatap lurus ke depan
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
 

Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


Jika berjalan badan tampak tegak
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.


Jika berjalan seperti zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Tips - Tunjukkan Kasih Sayang














  Album Gambar
Beli sebuah album dan korang letakkan gambar korang dengan boy/girl korang tuh. Setiap muka surat , korang letak lah kata-kata yang indah . Baru lah lebih hayati ,and menarik kan ? Cuba lah ^^ Saya pun ada buat satu ALBUM CINTA.
hehehe ^_^ . Tapi , my boyfie tak tahu , kalau dia tahu , mesti dia terharu. ohokk . Saja tak nak bagitawu . suprisee !


 

 Message Puzzle
Ini menarik untuk dipraktikkan . Tapi , saya tak buat lah lagi . hehe .Korang buat sebaris ayat cinta.. Kemudian potong kan nya , menjadi puzzle.. Berikan pada si dia untuk mencantumkannya. For sure korang takkan menyesal punya bila lihat reaksinya menyelesaikan puzzle tu. Wah , romantiknya !



Sekuntum Bunga 
Ini bagi lelaki .. Letakkan sekumtum bunga di hadapan pintu rumahnya di pagi-pagi hari .. Mesti si dia seronok gila bila tengok bunga ada di di depan pintu rumah sebelum pergi keje or kolej . hehe .Walaupun harga sekumtum bunga itu agak murah tetapi nilainya pada si dia amatlah berharga dan lebih berharga daripada harga harta bendanya sendiri . hehe


 Puisi Romantik
Luahkan cinta korang tu melalui puisi atau madah ciptaan korang sendiri dan berikan kepadanya. Lebih baik lagi korang semburkan lah minyak wangi kesukaannya di atas kertas itu . Cara ini akan mengingatkan si dia pada kamu sentiasa. 



Love List
Berikan si dia senarai atau 10 sebab kenapa korang mencintai si dia. Tuliskan dengan ikhlas dan jujur . Sebaiknya , korang hantarkan melalui pos kepadanya. Kalau korang hantarkan sendiri . ia nya tak menunjukkan ianya istimewa . Malah , perkara yang biasa je tuh . hehe . Cuba lah , pasti si dia , akan lebih mencintai diri korang .


  Gambar Terbaik
Korang tengok balik gambar-gambar yang korang pernah 'snap' dengan si dia.. then korang carilah gambar yang cantik dan ada kenangan manis . orang Framekan gambar tersebut , dan hadiahkan kepada nya! Pasti si dia suka dan tersenyum melihatnya ! Try lah .hee~~


Hadiah Buatan Sendiri
Bagi yang ada kelebihan menjahit , bolehlah korang gunakan kelebihan yang korang ada . Korang buatlah skaf untuk si dia .Tak pun , korang beli sapu tangan ke , jahit nama korang dengan si dia . Dan hadiahkan lah kepada nya . Di jamin , pasti dia suka melihatnya . Dan kepada orang lain yang tak tahu menjahit , korang boleh jugak buat kad sendiri yang cantik dan menarik . mesti si dia kagum dengan kamu . Dalam kad itu , boleh lah korang luahkan perasaan cinta kepada si dia . Wahh !



Kongsi Rahsia
Ok , ini pun menarik . Korang beritahu lah rahsia korang kepada si dia yang tidak pernah korang beritahu pada sesiapa termasuklah mama n papa korang . Si dia pasti akan berasa bangga dan dihargai kerana korang begitu mempercayainya. Dengan cara ini , dia sudah yakin yang korang betul-betul mencintainya! 


CD Lagu kegemarannya
Hadiahkan CD lagu kegemarannya . tetapi , biarlah yang berunsurkan cinta . Pasti dia menghayati lirik-lirik lagu yang kamu beri kepada nya . Kata kepada yang lagu itu , amat bererti bagi korang sebab ianya mewakili hati korang untuk si dia . hehe . menarik kan ? :) 


  Menonton Wayang
Hehe , biarpun korang bercinta, namun ada jugak citara korang dengan si dia yang berbeza kan ? Apa kata , korang korban kan sedikit , untuk menonton movie kegemarannnya , biarpun korang berkorban , dari situ , si dia akan lebih sayang korang dan mengetahui ,bahawa korang benar-benar mencintainya. dan si dia yakin yang korang boleh mengikut ke mana saja kerana cinta korang tu. Dan lagi satu , bila dah tengok wayang tuh , jangan dibuang pulak tiket wayang tu . kumpul dan simpanalah . satu hari nnti , korang tunjukkan yang korang masih simpan lagi tiket-tiket wayang tu sbg kenangan korang dengan si dia ^^ 



Semoga segala info-info ni memberi manfaat kepada anda .. ^_^

Alasan LELAKI Bila Tiada Duit ?






Dalam sesebuah perhubungan ada masa , lelaki ni akan berubah kelakuannya . Tapi  , janganlah risau . Itu bukanlah tanda yang si dia ada orang lain . Sebab mengapa si dia berkelakuan berubah secara drastik adalah kerana masalah kewangan ! Biasanya , bab-baba duit ni lelaki memang sensatif .


Kat bawah ni ,kita akan bongkarkan rahsia besar kaum Adam dan pandai-pandailah korang baca rentak mereka . oukey.. ^_^


"Hai Sayang .. Dah makan ? dah minum ? "  
Si dia hanya rajin menghantar SMS sahaja walaupun bertanyakan soalan-2 remeh . Jika tidak  , telefon korang akan sentiasa berdering . Ayat yang bebunyi seperti ini tentunya akan terkeluar dalam perbualan .. " SMS kan lebih bermakna .. Tahan lama..." . Eleh . Tak de duit leteww -.-

" Saya dah janji dengan family"  
Secara tiba-tiba terutamanya apabila tiba hujung minggu , si dia lebih gemar menghabiskan masa dengan keluarganya atau member-memer daripada keluar bersama korang . Walaupun dah macam-macam cara korang cuba dan mengheret diorang untuk keluar , si dia tetap tak mahu juga.

" Nak shopping ? Tak nak lah "  
Alasan 'lain kalilah' cukup sinonim dengan situasi sebegini . Si dia semestinya kelihatan tidak tenang , bermacam pula alasan yang akan keluar daripada mulutnya apabila kkorang mengajaknya . Kemingkinan si dia takut jika korang memintanya untuk membeli sesuatu .

" Selamat UlangTahun! Hadiah tak ada. Sorry sangat ! "
Pernah jadi macam ni tak ? hekk . Bila tiba hari-hari istimewa seperti ulangtahun korang berdua atau hari jadi , si dia hanya melafazkan ucapan tanpa memberi sebarang hadiah. Alasannya si dia belum jumpa hadiah yang betul-2 sesuai dengan korang . Ehem . Padahal , memang time tu , diorang ni tak de duit . Paham-paham lah ye :) 

" Asyik McD je.. Kedai mamak lah pulak "
Kebiasaanya dia akan mempelawa korang untuk makan di restoran atau di kedai makan esklusif . Tetapi kali ini dia membawa korang ke gerai yang murah pulak . Mungkin korang tak kisah . Tapi , time tu mesti korang rasa pelikkan ?

" Tengok DVD je lah . Sama je kan ? "
Kini , menonton filem di rumah pulak menjadi kesukaannya . Setiap kali diaajak menonton wayang , pelawaan korang tu tentu ditolak .  Kononnya dia lebih suka tengok baring-baring dan bersantai masa tonton DVD . Faham-2 lah ye kenapa dia tetiba je berubah angin :)

" Saya penatlah awak"
Selalunya selepas menjemput korang , di mesti akan singgah untuk makan malam sebelum menghantar korang pulang ke rumah . Alasannya nak berehat kerana penat . Senang cerita 'penat' tuh merupakan kata ganti untuk 'tiada duit' .

" Lapar ye ? Saya boleh temankan "
Bila dia mula keluarkan ayat keramat tuh , " temankan " . tandanya dia tak ada cukup duit untuk belanja korang makan  . Jika korang masik mengajaknya makan , dia akan memberi jawapan : " Saya kenyang lagi , tadi makan dah . Saya teman awak makan je lah " ..




*Harap lepas ni perempuan boleh lebih memahami..Besor ganjaran..huhu ..


Bila Aku Bertudung..

ketika tahun 2011..ak bekerja disebuah
kantin sekolah di seskyen 24..

nie pic paling latest aku snap..
bersama rakan satu opis.
takat ni dia aja la kawan ak dlm opis ni..
hehe

muka budak-budak macam ni la..

ishh...agak kepoyoan ler..haha


haa..boleh tikam no belakang tu..hehehe


edit2 lol..kasi best skt..^_^


entah la...muak kan tgk muka ak ni?haha

aku mencari ketennagan di tepi pantai

tarok je selendang.bukan keluar rumah pon.

yuhuu..palong kering..hehe








 Aku tau tentang tudung,,aku jugak tau tentang rambut.. Kadang2 aku bertudung,,kadang2 tidak.. sama juga,kadang2 aku tidak bertudung,kadang2 ia.. Tuhan tu maha penyayang..Sekarang aku lihat ramai dah kawan2 aku yang dahulunye seksi meksi now dah bertudung/hijab..berkenan ak tengok cantik sahaja aku tengok..mereka sudah mendapat cahaya..aku jua kena tempiasnya..moga2 hati ak pun terus terbuka dan akan merubah diri lebih bagus dari masa yang lalu...Kan seronok kalau BF kasi tudong,,berbangga je dan sejuk hati..lagi cepat rasa nak buat.tak kisah la rm5 ke,yg penting keiklasan..nampak si dia bagaikan ingin merubah kita jua..tanpa sokongan,,kita mmg lemah..jadi doa kan ak la yeah.. ^_^

Diari & Blog






Assalamualaikum..
Blog umpama diari,diari itu indah,menitip setiap kenangan masa lalu.bila di buka dan di baca semula,,pasti hati akan tercuit dikala teringat akan kisah silam..kadang2 ada yang suka dan ada juga yang duka..



Sejak umor berapakah anda menulis diari di atas kertas? kasi tau saya boleh?? ok,,saya belajar menulis diari sejak umo 13 taun. apa sahaja peristiwa yang berlaku saya akan catatkan tidak kisah la cerita dari suka ataupun sedih menghiris hati. 



Mana mungkin kita lupa akan setiap kenangan lalu kita... kalau saya kata "ada tak memori yang indah yang pernah berlaku dalam hidup kamu? tertentu kamu terpikir dan terbayang..tentu ada sejarahnya..mana mungkin tiada..cuba anda ingat kembali saat manis mu..tertentu anda akan tersenyum dikala ini..benarkan apa saya katakan??ok..jangan angan jauh sangat la yea..



Sekarang zaman IT..boleh menulis diari dalam blog..mcm saya sekarang nie..tapi,,jangan dilupa dengan cara lama itu,,itu lagi bermakna buat ku..saya masih simpan lagi diari yang sudah bertaun-taun tu..anda bagaimana? ^_^