Kedai Makan Cekik Darah

Kedai makan cekik darah,kena pula di caj cukai kerajaan sebanyak RM11.35

Gambar hiasan


Amat dikesali apabila dalam kebanjiran pelancong luar ke langkawi sempena musim cuti sekolah ,ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan menaikan harga makanan.Seorang pelancong tempatan terkejut apabila terpaksa membayar bil sebanyak RM113.50 selepas menjamu selera di sebuah restoren di Bandar Kuah. Rosmawati Mustafa,32, berkata, mereka sekeluarga terkejut apabila melihat bil yang diberi pekerja restoran terbabit,kerana harganya tidak masuk akal. “Ini satu perbuatan melampau,kalau nak mengambil untung pun jangan lah sampai begini.Sudahlah makanan yang dihidangkan kuantitinya sedikit.Kami hanya empat beranak saja,tetapi bayaran yang terpaksa di bayar lebih RM100,”katanya. Malad,dia kesal apabila turut dikenakan caj cukai kerajaan sebanyak RM11.35. Menurutnya,mereka hanya pesan nasi paprika,tomyam,telur dadar dan minuman. “suami tidak percaya hingga terpaksa memanggil pekerja untuk mendapatkan penjelasan lanjut sama ada bil itu sudah tersalah kira,”. Sementara itu,Pegawai Kesihatan Darah langkawi,Dr Mansor Ismail berkata,pihaknya mendapati persekitaran resotan itu terutama kawasan penyediaan bahan mentah untuk memasak kurang memuaskan. “Restoren itu melakukan peibagai kesalahan melibatkan aspek kebersihan dan enam pekerjanya gagal mendapatkan suntikan cegah penyakit (anti-Thypoid)yang sah dalam temph tiga tahun

Pinda AUKU "Omong Kosong" - Anwar Ibrahim


Anwar Ibrahim

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminda Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) sekadar omong kosong.Beliau berkata,perkembangan membabitkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),Adam Adli yang kini bedepan dengan tindakan Auku menunjukkan seolah-olah kerajaan takut kepada gelombang kebangkitan mahasiswa.Katanya,insiden menurunkan bendera Najib di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC)baru-baru ini adalah isu remeh yang sengaja diperbesar-besarkan dengan mengetepikan isu berkaitan fitnah,ugutan bunuh,jenayah dan rasuah yang timbul selepas kejadian itu. “Ini bukan perkara baru kerana dalam beberapa kes terdahulu,pihak universiti mengambil tindakan keras termasuk membuang penuntut mereka. “Tindakan menghukum dengan menggunakan peruntukkan Auku jelas menunjukkan tujuan sebenar menakut-nakutkan dan langkah mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa,”Katanya.Menurutnya tindakan melulu sebenarnya menzahirkan ancaman fizikal bersifat biadab dan semberono perlu diberhentikan.Ini menunjukkan pemerintah semakin gusar dan gelisah ketika menghadapi asakan. “Pakatan Rakyat(PR) mendesak supaya semua bentuk tekanan terhadap penuntut diberhentikan.

Hasrat Bapa Tercapai


Terima Komputer Riba Untuk Anak
Tidak sanggup melihat anak-anakya berulang alih ke premis siber cafe membuatkan seorang bapa,di sini nekad menghantar permohonan bagi mendapatkan kemudahan komputer riba.Mohammed Alias Ahmad,53,berkata,permohonan itu diajukan kepada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sekinchan kerana menyediakan computer riba yang diperlukan anaknya. Menurutnya,ketiadaan komputer riba di rumah menyebabkan dua anaknya masing-masing berada di tingkatan lima dan empat sering ke pusat komputer untuk mendapatkan kemudahan itu. “melihat anak orang lain dapat belajar menggunakan komputer riba sedangkan anak saya tidak,dan menyebabkan saya rasa agak terkilan dan sedih. “Kadang-kala saya menghantar mereka pergi sendiri,”katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan komputer riba yang disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan,Ng Suee Lim, di sini. Mohamed Alias yang bekerja sebagai petani berkata,komputer riba itu bakal memberi peluang kepada anak-anaknya menggunakan teknologi bila-bila masa. “Saya yakin komputer riba ini akan dimanfaatkan sebaiknya memandangkan sebelum ini mereka terpaksa ke pusat komputer dan sebagai bapa,saya boleh memantau carian internet mereka,”katanya. Sementara itu,Nurul Izatti,17,berkata komputer riba itu membantu memudahkan mengulangkaji pelajaran. “Saya dan adik boleh berkongsi.Saya sedar bukan mudah untuk ayah menyediakan computer riba ini,kalau membeli sendiri tidak mampu jadi kemudahan itu akan dimanfaatkan sebaiknya,”katanya.

BERITA SEMASA

HUJAN PANAS LA

225 ribu untuk SJKC Daerah Sabak Bernam?



YB Tuan Tang Chang Khim merasmikan majlis tersebut bagi daerah Sabak Bernam.


Program yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat(PKM) Dun Sekinchan ini sebanyak 6 buah sekolah telah menerima manfaat yang diberi peruntukkan sebanyak 225 ribu untuk fasa II tahun 2011 kepada sekolah SJKC(cina) daerah Sabak Bernam. Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Teng Chang Khim,Tuan Speaker Dewan Negeri Selangor bagi menyampaikan sumbangan bantuan daripada Kerajaan Negeri Selangor dalam program Penyampaian sumbangan bantuan sekolah SJKC(cina) peringkat negeri Selangor.Dalam acara itu,YB Tuan Teng Chang Khim menjelaskan “peruntukkan ini telah diberikan untuk setiap tahun kepada 6 buah sekolah di daerah ini adalah untuk meningkatkan infakstruktur sekolah mereka dan juga pihak pengelola sekolah.menurutnya lagi, sumbangan ini diberi tanpa pilih kasih dan membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Prihatin dan ikhlas bagi semua aliran sekolah di Negeri Selangor.Perkara ini dibuktikan kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukkan melalui belanjawan Negeri setiap tahun sejak 2008 hingga kini,”katanya ketika memberi ucapan di dewan serbaguna JKKK Site B Sekinchan.Sekolah-sekolah yang terlibat adalah,SJKC Yoke Kuan,SJKC Kian Sit,SJKC Phooi Tee,SJKC Lum Hua,SJKC Cheong Hua dan SJKC Moon Teck. Turut hadir sama,YB Ng Suee Lim,(Adun) Sekinchan, berkata “melalui sumbangan Kerajaan Negeri tersebut sedikit sebanyak dapat membantu sekolah-sekolah di semua aliran Negeri Selangor untuk membaikpulih infakstruktur sekolah mereka dari masa ke semasa,kita juga bukan memberi bantuan hanya ketika menjelang musim pilihan raya saja,bantuan kewangan seperti ini diperlukan oleh setiap sekolah bagi kepentingan para pelajar”, katanya.Turut hadir dalam majlis tersebut adalah wakil Pusat Khidmat Masyarakat(PKM) setiap 4 Dun di Daerah Sabak Bernam dan juga Ustaz Fadzlin Taslimin.

Rahsia Tahi Lalat~


1. Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai
2. Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati
3. Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka
4. Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah
5. Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita
 6. Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak p...engetahuan
7. Leher di tengah - Tercapai cita-cita
8. Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong
9. Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati
10. Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas
11. Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki
12. Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan
13. Punggung kiri - Malas dan suka duduk
14. Betis kanan - Suka berhibur, boros
15. Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur
16. Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17. Lutut kiri - Kurang kuat berusaha
18. Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita
19. Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan
20. Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun
21. Kening kanan - Cerdas dan cekap
22. Kening kiri - Cerdas dan sopan santun
23. Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal
24. Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah 
25. Hujung mulut kiri - Suka berfoya-foya
26. Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia
27. Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta
28. Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah
29. Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat
30. Batang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
31. Pada hidung - Banyak rezeki
32. Dagu bawah kanan - Jujur dan baik hati
33. Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur
34. Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama
35. Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri dua
36. Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan
37. Tumit kiri - Baik budi
38. Alis kanan - Suka menolong dan baik hati
39. Alis kiri - Ramai yang suka
40. Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat
41. Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun
42. Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh
43. Jari kaki kanan - Suka menolong
44. Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik
45. Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
46. Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
47. Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia 
48. Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan
49. Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan
50. Lengan kiri - Menepati janji dan rajin
51. Pipi kanan - Ramai teman
52. Tengah-tengah pipi kanan - Ramai yang suka
53. Tengah-tengah pipi kri - Ramai teman
54. Ubun-ubun - Kurang jujur
55. Pusat - Cerdas, tangkas, tekun
56. Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup
57. Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan
58. Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup
59. Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup
60. Dada kanan - Dapat mengatasi masalah
61. Dada kiri - Berani, jujur dan sabar
62. Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh
63. Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya
64. Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan
65. Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong
66. Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan
67. Jari tangan kiri - Serba baik bekerja
68. Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tetapi boros
69. Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat
70. Pergelangan tangan kanan - Boros, suka bersukaria
71. Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat
72. Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf
73. Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya
74. Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri
75. Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan
76. Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta
77. Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya
78. Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha 7
9. Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya
80. Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka
81. Kelopak mata kanan bawah - Agak malas
82. Kelopak mata kiri bawah - Agak bodoh, kurang bijaksana.
P/S :Ini hanya tilikan sahaja,betul atau tidak ,hanya Tuhan sahaja lebih tahu siapa kita =)

Belajar buat BEGEDEL bersama saya

BEGEDEL , ada yang tahu apa itu?mcm mane ye rupanya?mcm nuget ke?tak pon mcm burger ke?entah2 mcm chicken chop...hehe ..Bukan2,begedel tu bukan mcm itu, dia bulat berwarna coklat bila dah dimasak nampak serabut.mari belajar buat,mudah saja...Check list :
  • Kentang direbus atau digoreng sehingga empuk
  • Daun sup (dihiris)
  • Cili merah (dihiris)
  • Lada Hitam (dikisar)
  • Bawang goreng (Segera)
  • Isi ayam atau daging (Digoreng mengkal dan kisar,tak perlu lumat sangat)
  • Garam
Selepas sudah siapkan barang2 kat atas tu,lenyek kan kentang tersebut sehingga lumat.Kemudian gaul bersama bahan2 len seperti cili,daun sup,isi ayam atau daging,lada hitam,garam dan last sekali bawang goreng tersebut.Gaul sehingga barang2 tersebut sebati dan rata.Kemudian dikepal pula adunan tadi mengikut saiz dan bentuk yang anda suka.tpi selalunye bulat je..mane tahu korang kreatif jadikan bentuk love ,lagi cantik kan..?.. last step,digoreng bersama telur yg dah dipukul dengan api yang sederhana.Sedia dihidang dan dimakan bersama nasi putih,kalau mengikut jawa la...itu cara nya..makan gitu pon sedap juga..~


sediakan bahan mcm nie..hehe

kentang yg dilenyekkan

adunan yg dicampurkan

dah siap dikepal

digoreng dan sedia dihidangkan

P/S :tak salah kalau berkongsi apa yg kita tahu..so,sharing its caring.. Selamat Mencuba =)

Guru Besar buat onar?


gambar hiasan~
 Polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim telah membuat pemantauan terhadap kegiatan judi haram sejak 4 bulan lalu.Dalam keaddan gelap,polis membuat intipan kira-kira 20minit serta megempung kawasan itu.Ketika serbuan dibuat,ada segelintir suspek yang melarikan diri namun begitu tidak berjaya.Polis merampas wang berjumlah RM1,000,kad berjudi meja kerusi,dan 10 batang lilin.Salah Seorang daripada 5 suspek berkenaan adalah seorang Guru Besar di sebuah Sekolah Rendah di Kulim.

AUKU perlu dipinda secara "progresif"


gambar hiasan~

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974,perlu dipinda bersama 3 lagi akta iaitu,Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996,Akta Universiti mara 1976,dan Akta Universiti Pendidikan (Disiplin) 1976 supaya lebih konsisten dan komprehensif. Menurut Timbalan Pengajian Tinggi,Datuk Saifuddin Abdullah,pihaknya akan memastikan pindaan dibuat progresif,bukannya regresif dan retriktif. "Matlamat pindaan AUKU menegakkan hak mahasiswa berpolitik yang dijamin Perlembangaan dan meningkatkan partisipasi mahasiswa dalam struktur serta proses membuat keputusan. Menurut beliau lagi,politik kepartian dilarang memasuki kampus perlu jelas agar tiada disalah taksirkan.Tidak boleh menubuhkan cawangan parti politik dalam kampus dan yang dibenarkan hanyalah perbincangan,diskusi dan forum melibatkan ahli politik panel peibagai parti politik.Pindaan itu memberi pengiktirafan mahasiswa berhak berpartisipasi dalam politik.Mengikut pada akta umur majoriti 1971 umur yang ditetapkan adalah 18 tahun.Pindaan ini akan dibentang dalam mesyuarat pertama Kabinet Mac tahun depan.

sebenarnya nasi AMBENG~

Nasi ambeng yang dijual diketika ini,dimana-mana kedai,tidak sama macam mana asal nasi ambeng tu.Check List AMBENG
  • Talam besar
  • Daun Pisang (tutup dan lapik makanan)
  • Nasi
  • Sambal Goreng (tempe/cili kering/soon/fucuk)
  • Mee Goreng (sayur/bilis/tauhu)
  • Ayam Sebelah (goreng atau berempah)
  • Seruding (daging/Kerang/kelapa goreng)
Ambeng berasal dari jawa. Makanan ini diketuai oleh orang jawa2.. cara makan ambeng ni mcm ni.. Dalam satu talam,hanya terhad untuk empat orang saja.Selalunya jika ada kenduri kecil seperti doa selamat dan hidangan yang disediakan adalah ambeng,mereka yang datang tidak makan disitu,malah makanan itu akan dibahagi 4 sama rata setiap orang.Mereka akan bungkus didalam plastik yg disediakan.Seterusnya akan dibawa pulang dan makan bersama-sama keluarga dirumah.Jangan salah sangka,ambeng ni,,bukanlah sesuka hati dorang nak kaut n genggam makanan tu masa dibungkus,mereka akan gunakan lapik daun pisang..jadi,kesimpulannya,,cara makanan ini dapat mengeratkan silaturahim sesama insan,jiran,keluarga dan sahabat.Selain itu,ini adalah cara mengenalkan adat2 dan budaya lapisan kaum,keturunan di Negara kita.Lagi satu,tak perlu gunakan banyak pinggan,,Saya tahu anda malas mencuci..hehe .. ^_~ 



nasi dilapik dengan dalam dan daun pisang


barang2 didalam ambeng dan posisinye..

ambeng yang dah disiapkan dan akan ditutup pula dengan daun pisang 



wajah terbesar nasi ambeng ,lazat dan enak..saye suke..anda cube la..~  ^_^
 


makan itu kesukaan ku ~

 Setelah penat bekerja,kerja yang melambak2 tu.. Ambek masa untuk merasakan releks dengan cara menambung dalam peroot... Maksodnye,makan makanan yang kita suka..Ak menyinggah ke sebuah Cafe yang digelar Mamawe.. Tenang dan selesa juga la..Sekelilingnye di penuhi hiasan dedaun dan pokok2 menampakkan kesejukan dan keunikan cafe tersebut.Mmg cafe itu klasik la..ak suke akan rekabentuk dan coraknye...mcm nk guling2 je rasenye.. hehehe~~
bunga-bunga daun
Aku memilih hot cholate sebagai minuman ku, mmg btol2 hot la dye kasi,kaw pon kaw taw.. dan ak memlih mee hoon seefood tomyam sebagai hidangan lunch ak .. dalam hidangan aku tu,ade seefood yg tidak ku duga,,ade lak seketol siput yg besar,,terkejut den..hahaha..tpi ak tak pandai nk mkn,,belek2 je then letak tepi..banyak beb meehoo nye.. ak tak boleh lawan..penuh tabung ..
                     MENU  KAMI:    

  • Hot Cholate                       2gelas
  • MeeHon Seefood Tomyam      1mangkuk
  • Fish N Chips                    1set
  • Kek Capucinno               1set
  
hot cholate


siput dalam mknan ku terkejut mak..hehe~
 

my fav perisa

 

tamat dan kenyang
 Kesimpulannya,makanan yang ak order tu,best juga la.. sedap dan memenuhi citarasa aku.. menagis ak makan sbb pedas ya amat.. tpi,mcm tu la yg ak suke...jiwa terseksa pulak..hehe...dibawah saye sediakan penyata akaun makanan ye sebagai rujukan.. anda jgn takut nk dtg mkn plak..bia mahal,aslkan sdp dan memuaskan..tak gitu ke?? ~~


penyata akaun~