Dalam sesebuah perhubungan ada masa , lelaki ni akan berubah kelakuannya . Tapi , janganlah risau . Itu bukanlah tanda yang si dia ada orang lain . Sebab mengapa si dia berkelakuan berubah secara drastik adalah kerana masalah kewangan ! Biasanya , bab-baba duit ni lelaki memang sensatif .
Kat bawah ni ,kita akan bongkarkan rahsia besar kaum Adam dan pandai-pandailah korang baca rentak mereka . oukey.. ^_^
"Hai Sayang .. Dah makan ? dah minum ? "
Si
dia hanya rajin menghantar SMS sahaja walaupun bertanyakan soalan-2
remeh . Jika tidak , telefon korang akan sentiasa berdering . Ayat yang
bebunyi seperti ini tentunya akan terkeluar dalam perbualan .. " SMS
kan lebih bermakna .. Tahan lama..." . Eleh . Tak de duit leteww -.-
" Saya dah janji dengan family"
Secara
tiba-tiba terutamanya apabila tiba hujung minggu , si dia lebih gemar
menghabiskan masa dengan keluarganya atau member-memer daripada keluar
bersama korang . Walaupun dah macam-macam cara korang cuba dan mengheret
diorang untuk keluar , si dia tetap tak mahu juga.
" Nak shopping ? Tak nak lah "
Alasan
'lain kalilah' cukup sinonim dengan situasi sebegini . Si dia
semestinya kelihatan tidak tenang , bermacam pula alasan yang akan
keluar daripada mulutnya apabila kkorang mengajaknya . Kemingkinan si
dia takut jika korang memintanya untuk membeli sesuatu .
" Selamat UlangTahun! Hadiah tak ada. Sorry sangat ! "
Pernah
jadi macam ni tak ? hekk . Bila tiba hari-hari istimewa seperti
ulangtahun korang berdua atau hari jadi , si dia hanya melafazkan ucapan
tanpa memberi sebarang hadiah. Alasannya si dia belum jumpa hadiah yang
betul-2 sesuai dengan korang . Ehem . Padahal , memang time tu ,
diorang ni tak de duit . Paham-paham lah ye :)
" Asyik McD je.. Kedai mamak lah pulak "
Kebiasaanya
dia akan mempelawa korang untuk makan di restoran atau di kedai makan
esklusif . Tetapi kali ini dia membawa korang ke gerai yang murah pulak .
Mungkin korang tak kisah . Tapi , time tu mesti korang rasa pelikkan ?
" Tengok DVD je lah . Sama je kan ? "
Kini
, menonton filem di rumah pulak menjadi kesukaannya . Setiap kali
diaajak menonton wayang , pelawaan korang tu tentu ditolak . Kononnya
dia lebih suka tengok baring-baring dan bersantai masa tonton DVD .
Faham-2 lah ye kenapa dia tetiba je berubah angin :)
" Saya penatlah awak"
Selalunya
selepas menjemput korang , di mesti akan singgah untuk makan malam
sebelum menghantar korang pulang ke rumah . Alasannya nak berehat kerana
penat . Senang cerita 'penat' tuh merupakan kata ganti untuk 'tiada
duit' .
" Lapar ye ? Saya boleh temankan "
Bila
dia mula keluarkan ayat keramat tuh , " temankan " . tandanya dia tak
ada cukup duit untuk belanja korang makan . Jika korang masik
mengajaknya makan , dia akan memberi jawapan : " Saya kenyang lagi ,
tadi makan dah . Saya teman awak makan je lah " ..
*Harap lepas ni perempuan boleh lebih memahami..Besor ganjaran..huhu ..
No comments:
Post a Comment