Kenali rahsia perwatakan kawan baik,keluarga mahupun pasangan anda melalui
bentuk kuku..
*Kuku yang baik,rapi dan
indah
Menunjukan watak orang yang halus perasaanya.Bentuk kuku seperti
inijarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.
*Kuku
pendek tetapi lebar
Biasanya orang yang memiliki kuku seperti ini
memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu,otaknya cerdas dan ingatannya
tajam.orang yang memilik bentuk kuku ini sukakan muzik dan
lagu.
*Bentuk kuku yang agak panjang dan pucat
Menunjukkan
orang tersebut banyak rancangan dan cekap,tetapi tidak membuat sebarang kerja
sehingga sering mengelamun melayani perasaan.Ia juga agak malas dan kalau ia
melakukan sebarang pekerjaan sering dalam keadaan
ragu-ragu.
*Bentuk kuku sedang dan sedikit merah
Pemiliknya
mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan,selalu menjaga kebersihan dan rasa
persaudaraan yang tinggi.
*Bentuk kuku bersegi tapi rata
Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul,sedikit
kewibawaan,tidak mudah menjadi kaya dan kurang
pengetahuan.
*Bentuk kuku langsing
Orang yang memiliki
bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa
was-was,mudah di timpa musibah dan kurang berwibawa.
*Bentuk kuku
panjang bulat berwarna kuning
Bentuk kuku seperti ini menandakan orang
yang jujur,sabar,pandai,tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak dan
isteri/suami.
*Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji
timun
Menunjukkan orang tersebut sering was-was,bodoh,mudah diserang
penyakit,mudah terkejut dan tak kuat bekerja.
*Bentuk runcing
tetapi besar dan tebal
Biasanya orang yang memiliki bentuk ini memiliki
sifat keras dengan pendiriannya,sering berpindah randah tempat tinggalnya,suka
berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan
hidup.
*Bentuk kuku bersegi bahagian bawah sedikit
runcing
Menunjukkan orang seperti ini tidak memiliki kewibawaan,bodoh dan
kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.
*Bentuk kuku besar
dan banyak garisan
Biasanya orang ini akan menjurus pasa sudah dan sering
berdepan dengan bahaya.Tetapi garisan tersebut sudah hilang dan kelihatan bersih
menandakan orang itu akan memdapat berkat.
*Bentuk kuku seperti
kikir
Bila seseorang memiliki kuku seperti ini kemungkinan orang itu akan
memperolehi halangan yang besar atau kan memperolehi bahaya.
*Kuku
banyak titik-titiknya dibahagian bawah kelihatan hitam.
Kedudukan kuku
seperti ini memberi suatu petanda situasi bahaya besar yang boleh juga membawa
kematian.