Pelajar IPTS akan diberi Khidmat Masyarakat 240 jam


Tiga pelajar perempuan sebuah pusat pengajian tinggi swasta (IPT) ditegur majistret selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini atas kesalahan mencuri barangan sebuah pasar raya, tahun lalu.

Majistret Syajaratudur Abdul Rahman menegur ketiga-tiga tertuduh, Aina Mardiah Mohd Khairi, 19, Nor Atikah Alem Abd Halim, 19, dan Nur Ira Natasha Abdul Kadir, 19, bahawa mereka sebagai mahasiswa perlu tahu bezakan perlakuan baik atau buruk.

Syajaratudur memutuskan ketiga tertuduh dilepaskan dengan bon berkelakuan baik bercagar RM2,000 serta memerintahkan mereka menjalani khidmat masyarakat selama 240 jam bagi tempoh dua tahun.

“Asalnya nak berseronok, tapi akhirnya jadi begini. Orang-orang yang dapat peluang masuk universiti adalah golongan bijak dan sepatutnya kamu sebagai pelajar universiti sudah boleh fikir baik dan buruk sesuatu perkara itu sebelum melakukannya," katanya sebelum menjatuhkan hukuman, semalam.

Terdahulu, ketiga-tiga sahabat tersebut yang faham pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah mengaku bersalah, semalam pada hari sebutan semula bagi mendengar laporan sosial disediakan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Berdasarkan pertuduhan, Aina Mardiah didapati dengan niat curang mencuri sehelai baju-T wanita jenama Depi Corp, selain dua baju-T jenama Goggles, sebuah beg alat solek, dan beberapa alat solek kesemuanya bernilai RM291.90 kepunyaan pasaraya Aeon Jusco tanpa kerelaannya.

Nor Atikah Alem juga melakukan kesalahan sama iaitu dengan mencuri sehelai baju-T jenama Dolly dan Ti-Zed, selain pembayang mata jenama Maybelline Newyork kesemuanya bernilai RM146.80 kepunyaan pasaraya yang sama.

Sementara itu, Nur Ira Natasya didapati mencuri sebatang maskara, dua pek topeng muka jenama Nivea Visage, penanggal alat solek jenama Maybelline, tiga produk penjagaan muka, selain dua kameja T Depi Corp dan sehelai seluar jeans Goggles.

Ketiga-tiga tertuduh melakukan kesalahan di bahagian Ladies, tingkat satu dan bahagian Kosmetik tingkat bawah di dalam Pasaraya Aeon Jusco Bandaraya, Jalan Panglima Awang kira-kira 7.45 malam pada 20 September lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Selepas meneliti fakta kes dan laporan sosial serta mendengar hujah dan rayuan oleh kedua-dua belah pihak, Syajaratudur kemudian memutuskan ketiga tertuduh dilepaskan dengan bon berkelakuan baik bercagar RM2,000 dan memerintahkan mereka menjalani khidmat masyarakat selama 240 jam bagi tempoh dua tahun.

Gerakan 100,000 penyokong untuk Anwar


Dr.Abd Rani Osman

Pakatan Rakyat (PR) akan mengerakkan 100,000 penyokong pada hari keputusan perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu diumumkan.Pesuruhjaya Pas Selangor,Dr Abd Rani Osman berkata,sokongan padu terhadap Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan diterjemaahkan dalam perhimpunan besar-besaran. “Kita tidak takut menggerakkan perhimpunan ini kerana ada peruntukkan dalam perlembangaan membenarkan kita berhimpun secara aman.”Pada perhimpunan itu nanti,kita sediakan garis panduan kepada mereka supaya mematuhi peraturan dengan tidak membawa senjata tajam dan seumpamanya,”. Beliau berkata perhimpunan itu akan tetap diteruskan walaupun berisiko berhadapan dengan tindakan undang-undang dan dihalang pihak berkuasa.”Kita sudah lali dengan kenyataan berbentuk ancaman dari pihak berkuasa ini.Kenyataan polis begini sudah banyak kali didengar. “Di mana-mana Negara pun,kita diingatkan supaya berfikir diluar kotak pemikiran.Gaji mereka(polis) pun rakyat yang bayar,”.Abd Rani berkata,semua ahli dan penyokong PR dijemput hadir pada perhimpunan besar-besaran itu nanti. “Pas akan laksanakan mobilisasi terbesar.Sekiranya dijangka 100,000 orang,maka,100,000 yang akan turun 9 Januari nanti,”katanya.Sementara itu,Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali menegaskan Gerakan 901 bagi menuntut kebebasan Anwar akan diteruskan sama ada Anwar dibebaskan ataupun sebaliknya.Azmin memberi jaminan,gerakan dirancang akan diteruskan sama ada Anwar Ibrahim dipenjara atau dibebaskan. “Gerakan  rakyat ini bukan bermusim dan akan terus berhimpun.Beliau dibebaskan atau tidak,perhimpunan di kampung halamannya (Pulau Pinang) pada malam 9 Januari ini akn diteruskan,”katanya.Azmin berkata,keputusan perbicaraan itu tidak akan mengugat iltizam PR untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan sebaliknya,Pakatan tetap sepakat bahawa Anwar bakal menjadi Perdana Menteri ketujuh. “Kami bertegas muslihat ini tidak akan menggelincirkan Pakatan Rakyat dari tekad menubuhkan Kerajaan Pesekutuan.Dalam pada itu,PR menjangkakan situasi paling buruk berhubung keputusan penghakiman kes liwat kedua pada 9 Januari ini. “Kami percaya anwar tidak bersalah.Beliau seorang yang baik dan tidak seharusnya disabitkan dengan kesalahan itu,”katanya.

Pas Kecewa Tindakan Polis


gambar hiasan~
 Pemuda Pas kecewa tindakan Polis menahan sekumpulan mahasiswa sehingga menyebabkan kecederaan kepada sebilangan penuntut,termasuk Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas),Safwan Anang Talib.Ketua Pemuda Pas,Nasrudin Hasan berkata,tindakan Polis terhadap kumpulan berkenaan yang berhimpun menyuarakan isi hati kepada pentadbiran Universiti Pendidikan Sultan Idris(Upsi) tak sepatutnya berlaku. "Adakah polis menguji kesabaran anak muda kita?Kami doakan Safwan kembali pulih.Kami harap Polis bebaskan semua tahanan dalam kejadian itu",katanya.Dalam insiden jam 2 pagi itu,polis menahan 55 mahasiswa  setelah arahan polis supaya besurai selepas 15minit tidak dipatuhi.Sehingga pagi,17 lagi penuntut di tahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim,Perak.Nasrudin berkata,tindakan polis sehingga mencetuskan insiden itu seharusnya disiasat bagi membolehkan tindakan diambil."Jika tidak,mungkin berlaku satu lagi himpunan besar penuntut agar rakan mereka dibebaskan,"katanya.Sementara itu,Pengarah Komunikasi PKR,Nik Nazmi Nik Ahmad berkata,tindakan polis jauh lebih berbeza dengan tindakan ketika menyuraikan demontrasi mahasiswa yang berarak ke PWTC di Kuala Lumpur,17 Disember lalu. Perhimpunan itu sekadar mendesak  Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) 1971 dimansuhkan dan Upsi menarik balik tindakan terhadap Adam Adli Abdul Halim.