Hasrat Bapa Tercapai


Terima Komputer Riba Untuk Anak
Tidak sanggup melihat anak-anakya berulang alih ke premis siber cafe membuatkan seorang bapa,di sini nekad menghantar permohonan bagi mendapatkan kemudahan komputer riba.Mohammed Alias Ahmad,53,berkata,permohonan itu diajukan kepada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sekinchan kerana menyediakan computer riba yang diperlukan anaknya. Menurutnya,ketiadaan komputer riba di rumah menyebabkan dua anaknya masing-masing berada di tingkatan lima dan empat sering ke pusat komputer untuk mendapatkan kemudahan itu. “melihat anak orang lain dapat belajar menggunakan komputer riba sedangkan anak saya tidak,dan menyebabkan saya rasa agak terkilan dan sedih. “Kadang-kala saya menghantar mereka pergi sendiri,”katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan komputer riba yang disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan,Ng Suee Lim, di sini. Mohamed Alias yang bekerja sebagai petani berkata,komputer riba itu bakal memberi peluang kepada anak-anaknya menggunakan teknologi bila-bila masa. “Saya yakin komputer riba ini akan dimanfaatkan sebaiknya memandangkan sebelum ini mereka terpaksa ke pusat komputer dan sebagai bapa,saya boleh memantau carian internet mereka,”katanya. Sementara itu,Nurul Izatti,17,berkata komputer riba itu membantu memudahkan mengulangkaji pelajaran. “Saya dan adik boleh berkongsi.Saya sedar bukan mudah untuk ayah menyediakan computer riba ini,kalau membeli sendiri tidak mampu jadi kemudahan itu akan dimanfaatkan sebaiknya,”katanya.

No comments:

Post a Comment