225 ribu untuk SJKC Daerah Sabak Bernam?



YB Tuan Tang Chang Khim merasmikan majlis tersebut bagi daerah Sabak Bernam.


Program yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat(PKM) Dun Sekinchan ini sebanyak 6 buah sekolah telah menerima manfaat yang diberi peruntukkan sebanyak 225 ribu untuk fasa II tahun 2011 kepada sekolah SJKC(cina) daerah Sabak Bernam. Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Teng Chang Khim,Tuan Speaker Dewan Negeri Selangor bagi menyampaikan sumbangan bantuan daripada Kerajaan Negeri Selangor dalam program Penyampaian sumbangan bantuan sekolah SJKC(cina) peringkat negeri Selangor.Dalam acara itu,YB Tuan Teng Chang Khim menjelaskan “peruntukkan ini telah diberikan untuk setiap tahun kepada 6 buah sekolah di daerah ini adalah untuk meningkatkan infakstruktur sekolah mereka dan juga pihak pengelola sekolah.menurutnya lagi, sumbangan ini diberi tanpa pilih kasih dan membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Prihatin dan ikhlas bagi semua aliran sekolah di Negeri Selangor.Perkara ini dibuktikan kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukkan melalui belanjawan Negeri setiap tahun sejak 2008 hingga kini,”katanya ketika memberi ucapan di dewan serbaguna JKKK Site B Sekinchan.Sekolah-sekolah yang terlibat adalah,SJKC Yoke Kuan,SJKC Kian Sit,SJKC Phooi Tee,SJKC Lum Hua,SJKC Cheong Hua dan SJKC Moon Teck. Turut hadir sama,YB Ng Suee Lim,(Adun) Sekinchan, berkata “melalui sumbangan Kerajaan Negeri tersebut sedikit sebanyak dapat membantu sekolah-sekolah di semua aliran Negeri Selangor untuk membaikpulih infakstruktur sekolah mereka dari masa ke semasa,kita juga bukan memberi bantuan hanya ketika menjelang musim pilihan raya saja,bantuan kewangan seperti ini diperlukan oleh setiap sekolah bagi kepentingan para pelajar”, katanya.Turut hadir dalam majlis tersebut adalah wakil Pusat Khidmat Masyarakat(PKM) setiap 4 Dun di Daerah Sabak Bernam dan juga Ustaz Fadzlin Taslimin.

No comments:

Post a Comment