Pinda AUKU "Omong Kosong" - Anwar Ibrahim


Anwar Ibrahim

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminda Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) sekadar omong kosong.Beliau berkata,perkembangan membabitkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),Adam Adli yang kini bedepan dengan tindakan Auku menunjukkan seolah-olah kerajaan takut kepada gelombang kebangkitan mahasiswa.Katanya,insiden menurunkan bendera Najib di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC)baru-baru ini adalah isu remeh yang sengaja diperbesar-besarkan dengan mengetepikan isu berkaitan fitnah,ugutan bunuh,jenayah dan rasuah yang timbul selepas kejadian itu. “Ini bukan perkara baru kerana dalam beberapa kes terdahulu,pihak universiti mengambil tindakan keras termasuk membuang penuntut mereka. “Tindakan menghukum dengan menggunakan peruntukkan Auku jelas menunjukkan tujuan sebenar menakut-nakutkan dan langkah mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa,”Katanya.Menurutnya tindakan melulu sebenarnya menzahirkan ancaman fizikal bersifat biadab dan semberono perlu diberhentikan.Ini menunjukkan pemerintah semakin gusar dan gelisah ketika menghadapi asakan. “Pakatan Rakyat(PR) mendesak supaya semua bentuk tekanan terhadap penuntut diberhentikan.

No comments:

Post a Comment