Kedai Makan Cekik Darah

Kedai makan cekik darah,kena pula di caj cukai kerajaan sebanyak RM11.35

Gambar hiasan


Amat dikesali apabila dalam kebanjiran pelancong luar ke langkawi sempena musim cuti sekolah ,ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan menaikan harga makanan.Seorang pelancong tempatan terkejut apabila terpaksa membayar bil sebanyak RM113.50 selepas menjamu selera di sebuah restoren di Bandar Kuah. Rosmawati Mustafa,32, berkata, mereka sekeluarga terkejut apabila melihat bil yang diberi pekerja restoran terbabit,kerana harganya tidak masuk akal. “Ini satu perbuatan melampau,kalau nak mengambil untung pun jangan lah sampai begini.Sudahlah makanan yang dihidangkan kuantitinya sedikit.Kami hanya empat beranak saja,tetapi bayaran yang terpaksa di bayar lebih RM100,”katanya. Malad,dia kesal apabila turut dikenakan caj cukai kerajaan sebanyak RM11.35. Menurutnya,mereka hanya pesan nasi paprika,tomyam,telur dadar dan minuman. “suami tidak percaya hingga terpaksa memanggil pekerja untuk mendapatkan penjelasan lanjut sama ada bil itu sudah tersalah kira,”. Sementara itu,Pegawai Kesihatan Darah langkawi,Dr Mansor Ismail berkata,pihaknya mendapati persekitaran resotan itu terutama kawasan penyediaan bahan mentah untuk memasak kurang memuaskan. “Restoren itu melakukan peibagai kesalahan melibatkan aspek kebersihan dan enam pekerjanya gagal mendapatkan suntikan cegah penyakit (anti-Thypoid)yang sah dalam temph tiga tahun

No comments:

Post a Comment