AUKU perlu dipinda secara "progresif"


gambar hiasan~

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974,perlu dipinda bersama 3 lagi akta iaitu,Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996,Akta Universiti mara 1976,dan Akta Universiti Pendidikan (Disiplin) 1976 supaya lebih konsisten dan komprehensif. Menurut Timbalan Pengajian Tinggi,Datuk Saifuddin Abdullah,pihaknya akan memastikan pindaan dibuat progresif,bukannya regresif dan retriktif. "Matlamat pindaan AUKU menegakkan hak mahasiswa berpolitik yang dijamin Perlembangaan dan meningkatkan partisipasi mahasiswa dalam struktur serta proses membuat keputusan. Menurut beliau lagi,politik kepartian dilarang memasuki kampus perlu jelas agar tiada disalah taksirkan.Tidak boleh menubuhkan cawangan parti politik dalam kampus dan yang dibenarkan hanyalah perbincangan,diskusi dan forum melibatkan ahli politik panel peibagai parti politik.Pindaan itu memberi pengiktirafan mahasiswa berhak berpartisipasi dalam politik.Mengikut pada akta umur majoriti 1971 umur yang ditetapkan adalah 18 tahun.Pindaan ini akan dibentang dalam mesyuarat pertama Kabinet Mac tahun depan.

No comments:

Post a Comment