MB Jelaskan Dana RM300juta


Kerajaan Negeri mempunyai mekanisme atau skim tersendiri untuk memastikan peruntukkan RM300 juta bagi Geran Selangorku berjaya disalurkan kepada rakyat.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata,Kerajaan Negeri turut bercadang  untuk mengadakan sesi taklimat  kepada Ahli Dewan Undagan Negeri (Adun) berhubung mekanisme tersebut.Menurutnya,jumlah wang yang akan dijana untuk Geran Selangorku ini juga tidak termasuk dana dari hasil hutang syarikat Talam Corporation.

"Rakan kita dari gombak Setia,kini agak lewat kerana sebelum ini kita telah mengadakan retreat bagi Exco-exco Kerajaan Negeri Melaka Februari lalu. "Kita telah terangkan dalam program tersebut bagaimana menjana wang bagi mewujudkan Geran Selangorku sebanyak RM300 juta,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Hasan Mohamed Ali(Bebas-Gombak Setia)berhubung bagaimana Kerjaan Negeri menjalankan program di bawah Geran Selangorku sekiranya dana bagi peruntukkan tersebut belum wujud.

Khalid berkata,Jumlah sebenar adalah RM400 juta yang mampu dijana oleh kerajan Negeri bagi Geran Selangorku.Namun kerajaan Negeri hanya mampu meletakkan jumlah RM300 juta bagi mengelakkan berlaku permintaan tinggi sekiranya wujud peruntukkan yang lebih besar.Tiada jalan untuk kita terangkan kepada rakyat,tetapi kita terangkan kepada Exco.Kita mempunyai skim untuk menjana wang bagi Geran Selangorku,".

Sebelum ini,Kerajaan Negeri memberitahu Geran Selangorku akan dilaksanakan dengan menekankan nilai kepada kewangan pendekatan rakyat yang terbanyak dan tercekap.Abdul Khalid berkata lagi,geran tersebut telah diselengarakan oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) mula dibelanjakan pada bulan mac dengan proses yang telus dan bertanggungjawab dan dijangka akan dirasai rakyat sepenuhnya dalam tujuh bulan.

No comments:

Post a Comment